[Video] Supercar elektrik, YangWang U9 jalani ujian ‘top speed’ hingga brek merah berasap

392

Supercar elektrik, YangWang U9 memiliki kuasa 1,084hp dan pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 2-saat.

YangWang merupakan jenama premium di bawah BYD dan U9 berkenaan dilancarkan Januari lalu bersama SUV U8.



Bagaimanapun, jualan rasmi supercar itu masih belum diumumkan namun dijangkakan separuh pertama 2024.

Baru-baru ini, sebuah video tersebar di Weibo yang menunjukkan YangWang U9 sedang menjalani ujian di litar.

Pada video itu, kereta elektrik berprestasi berkenaan menjalani ujian kelajuan maksimum dan brek. Hasilnya bahagian kaliper menjadi merah akibat tork brek yang ekstrem.

Itu bukanlah insiden luar biasa kerana kereta sukan menggunakan brek seramik bagi mengendalikan insiden sedemikian.

Model coupe dua pintu itu didatangkan dengan empat motor elektrik dengan kuasa 808kW dan menggunakan bateri 100kWh. Ia mampu menawarkan perjalanan sejauh 700km dengan sekali cas.

U9 menggunakan platform e4 BYD yang kemudian disokong dengan suspensi DiSus-X dan sistem penstabilan yang membolehkan kereta itu dipandu menggunakan tiga roda dan menari. 

Model kedua di bawah jenama YangWang itu dijangkakan berharga sekitar CNY 1 juta (RM647,801).

YangWang baru-baru ini telah mengambil alih berdozen bilik pameran premium Mercedes-Benz, BMW dan Aston Martin di China.

Menurut syarikat itu, mereka memiliki 60 pusat jualan yang masih dalam pembinaan dan akan membuka 90 pusat pameran menjelang akhir tahun di 40 buah bandar. Bilik pameran pertama dibuka di Shanghai pada September lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here