Selepas 43 tahun, nilai jualan Lada Niva setaraf sebuah supercar

428

Model kilang Lada Niva ini untuk dijual di Rusia. Mungkin ramai yang tidak tahu Lada Niva merupakan produk Rusia.

Namun siapa sangka nilai model klasik itu kini setaraf sebuah supercar. Dibina pada tahun 1980 ketika kemuncak Perang Dingin, off-roader berwarna merah terang itu disimpan dalam keadaan baik dan bersih selama 43 tahun.



Odometernya hanya merekodkan 220km perjalanan. Penjual Lada Niva di Togliatti, Rusia iaitu bandar kilang kereta itu menyatakan tempat duduk masih ditutupi dengan plastik kilang. 

Semua peralatan dan dokumentasi asal didatangkan bersama kereta itu termasuklah lencana sambutan ulang tahun ke-50 kilang Lada pada 2020.

Kondisi kereta itu boleh dikatakan serba baharu dan dijual pada tanda harga yang tinggi. Model 4×4 merah kecil itu dijual pada harga RUB23 juta (RM1.3 juta) iaitu lebih mahal berbanding Lamborghini Huracan Tecnica baharu.

Memandangkan anda masih boleh membeli Lada Niva baharu di Rusia pada harga RUB821,900 (RM46,944), tanda harga sedemikian agak tinggi walaupun bagi item koleksi. 

Lada Niva dikeluarkan sejak 1977 dan sebahagian besarnya kekal tidak berubah sehingga hari ini. Kira-kira 2.5 juta Lada Niva dibina dengan hampir 700,000 daripadanya dieksport ke 100 pasaran di seluruh dunia, termasuk Australia.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here