Artis ni sanggup rakam dan letupkan Lamborghini Huracan untuk NFT

881

NFT adalah token crypto unik yang dihubungkan dengan kandungan digital. Token yang unik secara kriptografi mewakili tajuk pemilikan atas kandungan digital seperti seni, muzik atau video.

Sejak itu, peminat telah memanfaatkan satu kegilaan NFT sepertimana seorang pemilik Lamborghini Huracan sanggup membuat video dengan meletupkan supercar miliknya itu untuk mencipta nilai 999 NFT.

Pemilik supercar tersebut merupakan seorang artis yang dikenali sebagai ‘Shl0ms’ memuatnaik video di Twitter yang memamparkan kereta supercar dari Itali tersebut dimusnahkan dan menjual video berkenaan.



Video tersebut terdiri dari 888 bahagian dengan harga permulaan lelongan mulai dari 0.01 Ether setiap satu atau sekitar USD26 ( RM109) seunit. Manakala 111 lagi NFT yang disebut sebagai ‘$CAR’ telah dikhaskan untuk pasukan projek itu dan akan digunakan untuk projek lain.

Namun untuk mendapatkan balik harga sebuah Lamborghini Huracan yang bernilai USD250,000 atau melebihi RM1 juta dia perlu menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here