Alami isu kewangan, MyAirline gantung operasi

304

Syarikat penerbangan kos rendah, MYAirline mengumumkan penggantungan operasi bermula hari ini, sehingga diberitahu kelak.

Menurutnya, tekanan kewangan ketara yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Dalam satu kenyataan daripada Lembaga Pengarah, MYAirline berkata pihaknya amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan berkenaan kerana pihaknya memahami kesannya terhadap penumpang setia, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.



“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai perkongsian dan pilihan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini.

“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada alternatif selain mengambil keputusan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here