Mercedes-Maybach bawa kemewahan dalam pengembaraan angkasa lepas

182

Mercedes-Maybach bekerjasama dengan syarikat pelancongan angkasa, Space Perspective bagi berkongsi kepakaran mereka bentuk kabin kapsul angkasa akan datang.

Seperti SpaceX dan Virgin Galactic, Space Perspective menawarkan pengembaraan ke pinggir angkasa kepada individu kaya. Cuma, Space Perspective akan menggunakan kapsul bertekanan yang ditarik 100,000 kaki ke langit oleh SpaceBalloon dalam tempoh dua jam.



Harga tiket bermula daripada USD125,000 (RM589,937) dan syarikat itu memastikan pelanggan menikmati pengalaman yang mewah dan selamat.

Kapsul dengan kabin yang boleh dikustom itu boleh memuatkan lapan penumpang dengan seorang kapten.

Ia termasuklah tawaran kerusi malas yang mewah serta perkhidmatan makan dan koktel pada ketinggian 100,000 kaki.

Dinding kapsul dilengkapi dengan cermin besar menegak sepanjang perjalanan dua jam naik dan turun tersebut. Turut tersedia Wi-Fi dan bilik mandi. 

Kerjasama dengan Mercedes-Maybach itu juga melibatkan pengangkutan tetamu ke dan dari kemudahan Space Perspective di tapak pelancaran di Pantai Angkasa Florida.

Mercedes-Maybach juga sedang berbincang untuk menyediakan reka bentuk dan integrasi hospitaliti selanjutnya dengan Space Perspective. 

“Kami sedang menerokai pelbagai elemen perjalanan dan bagaimana kami boleh menjadikannya paling mudah dan membawa sebahagian besar pengalaman Maybach ke dalam pelayaran,” kata Ketua Mercedes-Maybach, Danel Lescow.

“Gandingan Kapal Angkasa Neptune elektrik dan kenderaan elektrik Mercedes-Maybach mewakili masa depan yang mampan dan penuh inspirasi, apatah lagi pengalaman keseluruhan yang lebih tinggi untuk Penjelajah Perspektif Angkasa,” kata Pengasas dan Ketua Eksekutif bersama Space Perspective, Kane Poynter. 

Penerbangan ujian anak kapal dijadualkan bermula tahun depan dan penerbangan komersial pertama dijangka bermula penghujung 2024.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here