Stesen angkasa lepas pertama India bakal lancar 2030

940

India bakal melancarkan stesen angkasa lepas pertama mereka menjelang 2030, hanya beberapa tahun selepas misi Gaganyaan.

Difahamkan, fasiliti berkenaan seberat 20 tan dan terletak 4000km dari bumi dan pihak angkawasan boleh tinggal di stesen tersebut 15 hingga 20 hari. 



Organisasi Penyelidikan Ruang Angkasa India (ISRO), sudahpun memulakan persediaan bagi Ganganyaan yang melibatkan dua sesi penerbangan tanpa manusia dan satu lagi dengan membawa seorang angkasawan.

Sektor angkasa India akan mula padat kerana ISRO akan melancarkan Gaganyaan tanpa pemandu pada separuh kedua 2022.

Misi kedua penerbangan tanpa manusia itu pula akan membawa robot bernama Vyommitra yang dibangunkan ISRO dan bakal dilancarkan pada penghujung tahun  ini.

Bagaimanapun, 2023 akan menjadi ujian sebenar kerana India akan melancarkan angkasawan pertama dengan teknologi tempatan menjadikannya negara keempat selepas Amerika Syarikat, Rusia dan China untuk mencapai satu kejayaan.

Selain daripada misi Gaganyaan, ISRO turut akan melancarkan program angkas lepas mereka yang lain seperti misi ke bulan menerusi program Chandrayaan 3 dan misi Aditya-L1 ke planet Zuhrah sebelum melancarkan stesen angkasa lepas.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here