Utama Berita Automotif Berita Global AS akan bina lebuh raya di angkasa lepas, mahu jadi pertama dan...

AS akan bina lebuh raya di angkasa lepas, mahu jadi pertama dan kalahkan China

1227
Terbaru, Amerika Syarikat (AS) dalam perancangan membangunkan sebuah lebuh raya di angkasa lepas.
 
 
Namun, kuasa besar dunia itu perlu bersaing dengan China untuk menjadi negara pertama mendarat di bulan bagi mendapatkan kelebihan memilih hartanah pertama yang mana pangkalan bulan berkemungkinan dapat dibina.
 
 
AS juga sedang meninjau lokasi orbit yang sesuai untuk dijadikan perhentian dengan sasaran operasi dalam masa terdekat bagi menandingi China.
 
Lebuh raya yang akan dibangunkan di angkasa lepas dapat membawa rakan kerjasama komersial serta sekutu AS untuk membuat lawatan kerap dan berulang-alik ke bulan serta seluruh alam semesta.
 
Bagi tujuan itu, lebuh raya yang lengkap dengan beberapa perhentian diperlukan bagi menjadikan sesi lawatan ke ruang angkasa sebagai suatu kebiasaan di samping kemudahan untuk mengisi bahan api yang lengkap dengan perkhidmatan baik pulih. 
 
 

“Kami telah menetapkan standard, doktrin serta tadbir urus dalam kalangan prinsip-prinsip yang kami percaya.

“Sebagai mana bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi untuk Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa untuk angkasa lepas, saya percaya bahawa pengangkutan angkasa lepas juga akan menggunakan bahasa ini, dan bukannya Mandarin,” kata Ketua Angkatan Angkasa Lepas, Bridget Jeneral John Olson. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here