Penumpang roket swasta ke angkasa lepas bukan ‘tiket’ untuk jadi angkasawan

1265

Baru-baru ini, dua individu terkaya di dunia iaitu Jeff Bezos dan Sir Richard Branson melancong ke angkasa lepas menggunakan roket yang dibina oleh syarikat swasta milik mereka iaitu Blue Origin dan Virgin Galactic. 

Peluang itu membuka kepada era pelancongan baharu ke angkasa lepas buat golongan yang ada ‘duit’ sekaligus membolehkan sesiapa sahaja menjadi angkasawan.



Namun, kedua-dua individu itu tidak diiktiraf sebagai angkasawan, kerana pihak Agensi Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) telah mengubah kelayakan sebelum seseorang layak digelar angkasawan minggu lalu.

angkasa lepas

Bezos dan Branson tidak layak untuk menerima sayap angkasawan yang diberikan oleh FAA sejak 2004.

Untuk bergelar angkasawan, seseorang perlu mengawal kenderaan yang digunakan untuk ke angkasa lepas atau terlibat dalam aktiviti yang memastikan keselamatan penumpang.

Roket New Shepard yang dinaiki Bezos dan tiga penumpang beroperasi secara swapandu, sementara juruterbang dan pembantu juruterbang Virgin Galactic yang dinaiki Branson sahaja layak menerima sayap angkasawan.

angkasa lepas

Blue Origin dan Virgin Galactic  menghasilkan sayap angkasawan mereka sendiri yang diberikan kepada pelanggan kerana mungkin menyedari pelanggan mereka tidak akan diiktiraf oleh FAA.

Jadi ketika ini, status angkawasan yang diiktiraf masih tidak boleh dibeli walaupun mereka antara manusia terkaya di muka bumi.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here