KTM Malaysia lancar 1290 Super Adventure S (2021), ini 5 fakta ringkas perlu anda tahu

1895

KTM memperkenalkan model adventure 1290 Super Adventure S serba baharu sekitar awal tahun ini.

Dalam keadaan yang masih tidak menentu susulan kes Covid-19 masih terus meningkat dan pasaran automotif tempatan yang tidak aktif, KTM Malaysia tidak mengambil pendekatan menunggu.



Pengedar rasmi motosikal Austria itu positif dengan memperkenalkan KTM 1290 Super Adventure S (2021).

Dilancarkan secara rasmi menerusi laman sosial Facebook KTM Malaysia, harga jualan model touring tersebut ialah RM132,800.

Model serba baharu itu lebih berkuasa dan selesa berbanding sebelumnya. Berikut pembaharuan yang dilakukan oleh KTM:

ENJIN

Enjin 1301cc LC8 V-twin menerima kemas kini baharu yang menyumbang kepada output 160hp dan tork 138Nm. Perumah enjin yang lebih nipis menawarkan pengurangan berat sebanyak 1.6kg sekaligus meningkatkan nisbah kuasa ke berat jentera. 

Kemas kini lain termasuklah piston baharu, naik taraf sistem penyejukan air/minyak, dua ekzos, mekanisma gear PANKL dan lain-lain. 

GENERASI BAHARU PERALATAN ELEKTRONIK

KTM 1290 Super Adventure S (2021) menjadi model pertama KTM dibekalkan dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) bersama sistem berasaskan radar jenama Bosch.

Ciri itu berfungsi mengekalkan jarak dengan kenderaan depan secara automatik dalam  lima tetapan jarak berbeza.

Selain itu, ciri peralatan lain termasuk unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi Bosch, Kawalan Stabiliti (MSC), Sistem Brek Anti Kunci (ABS) selekoh, kawalan traksi (MTC), Kawalan Tahan Bukit dan Quickshifter+.

Tidak ketinggalan lima mod tunggangan: Rain, Street, Sport, dan Offroad, manakala mod Rally sebagai pilihan. 

CASIS

Naik taraf bahagian casis menawarkan agihan berat lebih baik dan tunggangan lebih lincah hasil perubahan kedudukan kepala stereng dan mounting enjin.

Subfrem baharu juga menawarkan kedudukan pelana lebih rendah serta tangki minyak baharu 23 liter meningkatkan aspek aerodinamik. KTM juga menawarkan visor baharu boleh laras.

SUSPENSI

Model adventure itu dilengkapi dengan suspensi WP semi-aktif bersama unit kawalan suspensi (SCU) dinaik taraf yang melaraskan redaman pada masa sebenar, termasuk menawarkan lebih pelarasan prabeban belakang berbanding sebelumnya.

KLUSTER INSTRUMEN TFT

Kluster instrumen TFT 7-inci mudah dikendalikan menerusi punat yang disediakan pada bar hendal dengan ciri ketersambungan bluetooth ke sambungan telefon pintar.

 
GALERI
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here