Richard Branson: Bilionair pertama melancong ke angkasa lepas

1944

Richard Branson semalam menjadi bilionair pertama terbang ke angkasa lepas menggunakan roket Virgin Galactic miliknya. 

Branson, 70 berlepas ke angkasa dari Spaceport Amerika di New Mexico, Amerika Syarikat pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan). Kurang sejam selepas berlepas, kapal VSS Eve itu melepaskan roketnya pada altitud 85km.

Kesemua kru dapat merasai pengalaman sifar graviti (terapung) sebelum kembali semula ke bumi pada jam 9.40 pagi. Video berkenaan dipaparkan secara langsung menerusi akaun Youtube Virgin Galactic yang sudah mencapai lebih dari 7 juta tontonan.



Branson menjelaskan ia merupakan pengalaman seumur hidup dan dia mengimpikan momen berkenaan sama seperti kanak-kanak lain. 

Di akhir video dia berkongsi pengalamannya berada di angkasa lepas sambil berseloroh, “beberapa minit lalu saya terapung (upside down) dan apabila melihat ke bawah ada tiga orang di kaki saya. Tidak ada perkataan boleh menggambarkan perasaan berada di atas.”

Penerbangan tersebut bertujuan mempromosikan Virgin Galactic yang menerima lebih daripada 600 tempahan untuk pelancongan ke angkasa lepas dengan tiket berharga AS$250,000 (RM1.04 juta). 

Selain Branson, kakitangan lain yang menyertai penerbangan pertama tersebut ialah Ketua Pengajar Angkasawan di Virgin Galactic, Beth Moses; Ketua Jurutera Operasi Virgin Galactic, Colin Bennett dan Naib Presiden Hal Ehwal dan Penyelidik Virgin Galactic, Sirisha Bandla.

BACA>>Tesla Model X bakal jadi kenderaan untuk angkasawan sebelum berlepas

BACA>>Dron MQ-25A Stingray berjaya isi minyak jet pejuang di ruang udara

GALERI
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here