Tak sempat sampai kepada pemilik, hypercar Mercedes-AMG One hangus terbakar atas treler

816

Mercedes-AMG One dikeluarkan sebanyak 275 unit seluruh dunia dan dikuasakan oleh enjin Formula Satu (F1).

Sayangnya, satu daripadanya hangus terbakar ketika dibawa di atas treler di United Kingdom.   



Menurut laporan The Sun, Mercedes-AMG One yang berharga kira-kira USD2.75 juta (RM12.5 juta) itu ditunda menggunakan treler pengangkut kenderaan berhampiran Staffordshire, minggu lalu.

Susulan kebakaran itu, treler dan hypercar berkenaan hangus tetapi tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu. 

PEK BATERI PUNCA KEBAKARAN

Menurut The Sun, Mercedes-Benz sedang menyiasat isu kebakaran tersebut. Laporan awal menganggap ia berpunca daripada pek bateri kereta yang menggerakkan sistem hibrid, mengambilkira enjin tidak dihidupkan. 

Jurucakap Mercedes-Benz berkata syarikat itu akan menyiasat punca kebakaran dan membantu tuntutan insurans pemilik hypercar berkenaan.

“Kami menyedari kejadian ini melibatkan sebuah kereta yang diangkut dalam treler tertutup sebagai sebahagian daripada proses pemasangan.

“Pada masa ini, kami tidak tahu apa yang menyebabkan kebakaran dan jika perlu akan membantu siasatan syarikat insurans,” katanya. 

Sebelum ini, pemasangan Mercedes-AMG One ditunda beberapa kali dan akhirnya memasuki barisan pengeluaran sekitar 2021. 

Hypercar One menggunakan enjin sebenar dari pasukan F1 AMG yang memenangi kejuaraan F1 beberapa kali; enjin 1.6-liter turbo V6 dengan redline 11,000rpm dan generator motor elektrik dipasang pada turbo.

Terdapat tiga motor elektrik pada One, satu pada enjin dan dua lagi di gandar depan. Ini menjadikan One sebuah kenderaan pacuan semua-roda. Kuasa gabungan ialah melebihi 1,000hp.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here