Empat kereta terbakar, macam mana boleh berlaku?

495

Empat kereta yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Bahagia 26, Taman Sri Bahagia, Cheras, Kajang, terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.33 pagi tadi.

“Seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat kebakaran membabitkan empat kereta yang diletakkan di tepi jalan di lokasi kejadian berkenaan,” katanya.

Empat kenderaan yang terlibat adalah sebuah Suzuki Swift, Audi QS, Perodua Myvi dan Perodua Axia.

Kereta Audi QS dan Perodua Myvi terbabit dianggarkan terbakar 80 hingga 90 peratus, manakala dua lagi kenderaan masing-masing terbakar 10 peratus. Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here