Beli Perodua Myvi EZ (2007), pemuda ini kongsi kos servis yang dikeluarkan tak capai RM2k

2203
Bagi segelintir individu mungkin tidak akan memilih kenderaan terpakai kerana dirasakan tidak berbaloi.
 
Tentunya alasan bagi individu memilih kereta terpakai kerana bajet yang terlalu ketat mahupun ingin berjimat. Tetapi setiap kali golongan yang menyuarakan hasrat berkenaan akan ada suara yang meminta  mereka berfikir banyak kali.
 
 
Mereka akan diterjah dengan persoalan kos selenggara yang tinggi, bimbang kereta cepat rosak mahupun bekas kemalangan dan lain-lain. Namun, yang menanggung hutang sembilan tahun adalah pemilik, jadi tepuk dada tanya selera.
 
Seperti mana seorang pengguna Facebook bernama Uwais Al Qarni yang berkongsi jumlah wang perlu dikeluarkan selepas membeli Perodua Myvi EZ (2007) automatik.
 
Jelasnya, dia membeli kereta hatchback tersebut pada harga RM11,500 dengan tambahan RM200 untuk proses pemeriksaan di Puspakom dan tukar nama di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selain itu, Uwais juga membayar RM800 bagi insurans pihak pertama.
 
Pemuda berkenaan membeli kereta tersebut untuk kegunaan adiknya berulang ke universiti dari rumah sewa. 
 
“Kereta dah usia 10 tahun ni sedia maklum banyak wear and tear part perlu diganti. Jadi aku cuma beri perhatian pada enjin, gearbox dan aircond je semasa mencari,” kongsinya dalam grup Facebook MYVI CLUB MALAYSIA.
 
Bagi penyelenggaraan selepas membeli kenderaan tersebut, Uwais memperuntukkan sebanyak RM3,000.
 
“Part yang boleh pakai lagi macam brake pad, hose coolant tu aku biar je dulu sebab nampak elok lagi. Aku tukar clip coolant je sebab nampak ada leaking yang dah kering,” katanya.
 
Berikut kos penyelenggaraan yang dilakukan oleh Uwais:
  • Minyak enjin 5-30w, ATF, coolant, minyak stereng dan brek, penapis udara, penapis kabin, palam pencucuh, mounting (seunit) dan belting: RM850
  • Bateri Amaron Hi Life: RM240 
  • Tayar Sunny + penjajaran + balancing + injap tubeless: RM552
  • Filem penebat haba: RM330
“So total kerugian RM1,972. Tambah gasket valve aku belum buat tu so sekitar RM2,100 bakal kerugian.
 
“Tentang radio atau luaran tu memang aku tak nak buat. Biarjelah mcm tu. Dengan radio setiap kali hidup kereta dia reset. Kadang-kadang signal hilang-hilang. Body luar tu kesan bergesil sana sini. Kemek lagi kat bonet,” kongsinya. 
 
Jumlah keseluruhan yang dikeluarkan oleh Uwais adalah RM14,472 merangkumi kos penyelenggaraan, harga kenderaan, proses JPJ dan puspakom serta insurans.
 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here