Pemilik Honda Vario (2022) ajak swap suka sama suka dengan RS150R

2885
Tren bertukar motor semakin meningkat dalam kalangan kaki motor, ada yang mencuba nasib dan ada juga serius mendapatkan motor idaman.
 
Bagaimanapun, pertukaran tersebut perlulah setanding dengan nilai motosikal yang ingin dilepaskan atau pemilik harus menambah wang.
 

Lain pula bagi Dzulhilmie Ruslan yang mengutarakan hajatnya ingin menukar secara suka sama suka dengan sebuah moped Honda RS150R.

Pemilik Honda Vario 150 (2022) berwarna Force Silver Metalik itu menjelaskan skuternya bebas hutang dan standard tanpa sebarang modifikasi tambahan.

“Bebas saman, low mileage, roadtax expired 8/2023,” tulisnya.



Di ruangan komen, dia menjelaskan hanya menginginkan model RS150R dan tidak menginginkan model lain.

“Cari RS bos .. ketaq pala nak RS jugak,” tulisnya di ruangan komen dalam grup Facebook HONDA RS150R MALAYSIA COMMUNITY (OFFICIAL).

Untuk makluman harga jualan Honda RS150R (2022) adalah sekitar RM8,299 manakala  RS150R Repsol Edition pula berharga RM8,499. Sementara, skuter Vario pula dijual pada harga cadangan RM7,199. 

Namun begitu, harga berkenaan akan berubah dan meningkat apabila tiba di kedai motor. Selain itu, Boon Siew Honda juga bakal melancarkan Honda Vario 160 ke pasaran tempatan yang mana model tersebut dipamerkan ketika acara GP Malaysia. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here