Pemandu lori maut kemalangan libatkan 5 kenderaan

1234

Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM280, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi. 


Dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 pagi itu, empat lagi mangsa turut cedera manakala lima lagi individu lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. 




Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.43 pagi.

“Lima buah kenderaan iaitu dua buah lori treler, dua buah kereta jenis Mitsubishi XPander dan sebuah BMW serta sebuah motosikal terlibat dalam kemalangan itu. 


“Seramai 10 mangsa terlibat yang mana seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga pemandu lori treler maut di lokasi kejadian,” katanya.

Dalam pada itu menurut kenyataan berkenaan, kesemua mangsa yang maut dan cedera telah dibawa ke hospital menaiki ambulan dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM. 


Nahas yang mengakibatkan treler melintang di atas lebuhr aya itu turut mengakibatkan kesesakan lebih lima kilometer menuju ke arah selatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here