Pandu uji: Betul ker berbaloi beli Toyota Corolla Cross GR Sport 2023?

2386

Adakah berbaloi beli Toyota Corolla Cross GR Sport 2023? Soalan ini, kerap kali ditanya pengguna atau rakan penulis sendiri berhubung SUV yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor (UMWTM).

Secara jujurnya, kalau tanya pandangan penulis. Ya, jika anda mahu mencari sebuah SUV yang sedikit kelainan iaitu tampak sporty dan pengendalian lebih baik. Toyota Corolla Cross GR Sport 2023 adalah satu daripada pilihannya.

Kenapa lebih sporty?

Seperti yang kita tahu, UMWTM baru sahaja menawarkan versi GR Sport pada Februari tahun ini sebagai spesifikasi paling tinggi dalam keluarga Toyota Corolla Cross.



Berbanding varian lain, versi GR Sport sebenarnya tampak lebih kacak, biarpun tidak terlalu ketara dari segi penambahan kosmetiknya.

Corolla Cross 1.8 GR Sport dibezakan pada bahagian luaran dengan ciri-ciri berikut:

• Pakej 2-ton dengan bahagian luar hitam pada cermin luar, bumbung dan spoiler belakang

  • Lampu belakang LED kanta jelas, reka bentuk hiasan bawah bampar belakang eksklusif dan peresap sporty
  • Jeriji radiator dengan kemasan hitam dan reka bentuk jaringan untuk kesan berani dan lebih sporty
  • Roda aloi jejari berkembar 18 inci dengan reka bentuk eksklusif GR Sport dan kemasan mesin

• Dalaman hitam dengan Jahitan Merah pada stereng berbalut kulit, gear berbalut kulit tombol tuil shift dan but, dan penutup tempat duduk kulit

  • Logo GR pada butang tekan mula enjin dan timbul pada sandaran kepala tempat duduk hadapan
  • Pelapik dengan reka bentuk GR

Walaupun tidak banyak, tetapi 7 ciri yang tertera di atas membuatkan varian GR Sport lebih mantap dan senang dikenali.

Pengendaliannya, adakah sama dengan varian lain?

Tidak! Ini kerana untuk meningkatkan lagi prestasi dinamik untuk varian yang lebih sporty, Sport ECU digunakan pada stereng kuasa elektrik untuk memberi rasa dan tindak balas stereng. 

Pusat gravitinya lebih rendah selepas menggunakan pada spring dan tupang gegelung suspensi hadapan dan belakang yang ditala khas.

Performance Bar turut ditambah untuk ketegaran yang dipertingkatkan untuk meningkatkan pengendalian dengan mengurangkan gulingan badan.

Jadi sepanjang penulis menguji jentera ini untuk pulang ke kampung baru-baru, pengendaliannya memang sedap. Kurang rasa membuang terutama mengambil selekoh tajam dengan kelajuan sedikit tinggi.

Kebiasaannya, bagi sebuah jentera tinggi seperti SUV/crossover ini. Pengendaliannya kurang ‘enak’ untuk layan selekoh, tetapi tidak untuk varian GR Sport ini.

Tidak ketinggalan juga, kedapan bunyi (NVH) boleh dianggap terbaik kerana sepanjang pemanduan penulis sama ada pada kelajuan tinggi atau pun melalui jalan yang tidak rata. Bunyi yang memasuki ke ruang kabin, adalah sangat minimum.

Bagaimana dengan prestasi?

Untuk enjin 1.8 liter NA, sebenarnya sudah cukup untuk pemanduan di bandar atau memandu di lebuh raya. Ini kerana kenderaan tidak terlalu berat untuk bergerak ketika menekan kaki pada pedal minyak. Malah, rasa sedikit responsif pada awal permulaan ketika menekan pedal minyak.

Untuk mencapai sekitar kelajuan 140 sehingga 160 km/j, tidak terlalu lama. Pada kelajuan itu juga, kenderaan masih lagi stabil dan tidak terlalu bising sama ada bunyi udara atau enjin masuk ke ruang kabin.

Tahap penggunaan bahan api, kenderaan ini boleh mencecah 500 kilometer sekiranya penulis memandu secara santai dengan mengikut kelajuan yang ditetapkan.

Jika asyik menekan pedal minyak dan memandu laju terutama di lebuh raya seperti penulis ketika pulang ke kampung dari Shah Alam ke Kuala Terengganu, Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Penulis terpaksa isi minyak di stesen minyak R&R Paka, LPT 2. 

Bagi penulis, tahap penggunaan minyak itu tidak terlalu boros. Boleh dikatakan hampir sama dengan kenderaan lain.

Toyota Safety Sense

Ciri keselamatannya pula boleh dikatakan terbaik. Ini kerana jentera itu dilengkapi Toyota Safety Sense yang merangkumi:

  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)
  • Amaran Keluar Lorong (LDA)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Bantuan Pengesanan Lorong (LTA)
  • Bantuan Suluhan Tinggi (AHB)
  • Sistem Kamera Keliling 3D (PVM)
  • Sistem Informasi Titik Buta (BSM)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • 7 beg udara SRS
  • ABS, EBD, Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Cengkaman, Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPWS), cagak ISOFIX, amaran tali pinggang keledar
     

Dari segi harga, Toyota Corolla Cross GR Sport 2023 ini dijual bermula RM142,000.

Benda paling yang tidak disukai:

Masih menggunakan brek parkir kaki. Bagi penulis, untuk harga ratusan ribu, seharusnya brek parkir elektronik yang ditawarkan.

Berbaloi beli Toyota Corolla Cross GR Sport 2023, adakah penulis beli SUV ini?

Secara jujurnya, jika penulis mampu. Semestinya penulis beli Toyota Corolla Cross GR Sport 2023 ini. 

Sebab pertama – Penulis suka dengan aksesori GR Sport ini, yang kelihatan lebih macho.

Sebab kedua – Rekaan yang tahan lama, yang tidak terlalu ‘fancy’.

Sebab ketiga – Prestasi, pengendalian dan kedapan bunyi yang sangat bagus dalam segmennya.

Sebab keempat – Sepanjang penulis pandu sejauh lebih 1,600 kilometer. Tiada masalah yang dihadapi, cuma tak larat nak isi minyak jer. Sebab banyak sangat destinasi perlu singgah sepanjang balik kampung baru-baru ini.

 

@motoqar Okey gaiss.. Ni baru kacak sikit… Toyota Corolla Cross GR Sport. #toyoya #toyotacorollacross #toyotacorollacrossgrsport #motoqar #preview #tiktok #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypage #2023 ♬ original sound – Motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here