Dawn Aerospace buka tempahan kapal terbang angkasa Aurora, harga RM127 juta

42

Pihak Dawn Aerospace kini membuka tempahan bagi pesawat angkasa tanpa kru Aurora di mana unit pertama akan mula dihantar pada tahun 2027. 

Harga jualan bermula sekitar $30 juta (RM127 juta) sahaja. Tapi, apa beza kapal Aurora ini dengan kapal terbang yang lain? 

Pertama sekali, Aurora merupakan pesawat yang mampu terbang melepasi garis Kármán pada altitud 100 km berbanding 12.8 km (42,000 kaki) oleh kapal terbang standard. 

Yang kedua, pesawat Aurora ini mampu mencapai kelajuan maksimum Mach 3.5 (4,321 km/j), jauh berkali ganda lebih pantas berbanding kelajuan Mach 0.83 (1,061 km/j) oleh kapal terbang konvensional. 

Yang ketiga, dengan sistem enjin roket bi-propellant Aurora boleh mendaki pada altitud melebih 20 km dengan kelajuan Mach 1.12 (1,383 km/j), memadamkan rekod yang dipegang hampir 50 tahun oleh F-15 Streak Eagle. 

Aurora juga berkeupayaan untuk membuat pendaratan dan pelepasan secara menegak, membuat pengisian bahan api dengan pantas, dan boleh beroperasi untuk beberapa penerbangan setiap hari dengan jarak maksimum setiap penerbangan sekitar 130 km. 

Tidak seperti kapal terbang konvensional, pesawat Aurora boleh disesuaikan untuk pelbagai misi termasuklah pertahanan, perisikan, rondaan maritim serta paenyelidikan pada altitud yang lebih tinggi. 

Selain itu, para pengkaji boleh menjalankan penyelidikan di dalam bidang biologi selular, perubatan regeneratif dan kesihatan di dalam keadaan mikrograviti pada durasi sehingga tiga minit.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here