Zeno Emara: motosikal elektrik lasak, boleh gerak sejauh 100 km

38

Melihatkan status negara India sebagai pasaran motosikal yang terbesar di dunia, tidak menghairankan apabila beberapa pihak berminat untuk mengembangkan operasi di sana.

Tidak ketinggalan, muncul beberapa syarikat pemula baharu ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Salah satu daripada syarikat pemula baharu itu ialah Zeno yang diasaskan sendiri oleh bekas eksekutif Tesla, Michael Spencer.

Produk pertama mereka ialah Zeno Emara, sebuah motosikal berkuasa elektrik yang serba lasak yang sesuai untuk kegunaan harian.

Zeno Emara mempunyai binaan yang ringkas, namun tetap mempunyai ciri seperti fork hadapan terbalik, skrin penghadang angin yang kecil, jarak kelegaan tanah setinggi 190 mm, dan casis yang mampu menampung beban sehingga 250 kg.

Tidak cukup dengan itu, pemilik juga boleh menambah kotak storan sisi dan belakang untuk lebih banyak ruang simpanan barangan peribadi.

Skrin paparan berwarna turut menyokong sambungan Bluetooth serta sistem navigasi pemetaan.

Zeno Emara dijana dengan motor elektrik 10.7 hp yang dibantu dengan bateri 4 kWh untuk jarak gerak sejauh 100 km, dan boleh menaiki cerun curam 30 darjah.

Halaju maksimum pula boleh mencecah 100 km/j.

Apa yang menarik pasal Zeno Emara ialah pakej pemilikan yang fleksibel.

Pemilik boleh membeli terus Zeno Emara yang lengkap dengan bateri berharga 119,000 rupee (RM5,463), atau mendapatkan pakej langganan bateri bulanan.

Ini bermakna, anda hanya perlu membayar sebanyak 79,000 rupee (RM3,923) untuk kos sebuah Emara, namun dengan pakej penukaran bateri seperti berikut:
• 1,500 rupee (RM74.50) untuk 48 kWh (atau 48 km/hari)
• 2,500 rupee (RM124.16) untuk 120 kWh (atau 120 km/hari)
• 52 rupee (RM2.58) untuk setiap kWh

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here