600 tiket ke angkasa lepas habis terjual, harga cuma RM528k

2098

Kini mengunjungi ke angkasa lepas sudah tidak perlu menjalani latihan angkasawan, apa yang anda perlukan hanyalah wang.

Selain Virgin Galactic dan Blue Origin, ada satu lagi syarikat yang menawarkan pelancongan ke angkasa lepas menggunakan kapsul mewah.



Pakej itu ditawarkan oleh Space Perspective yang berpangkalan di Amerika Syarikat bahkan sebanyak 600 tiket habis terjual. 

Harga tiket bernilai AS125,000 (RM528,687) itu menawarkan perjalanan ke angkasa sehingga 32.2km dari Bumi.

Jarak tersebut lebih pendek berbanding tawaran syarikat Virgin Galactic dan Blue Origin yang masing-masing sejauh 80.5km dan 99.8 km.

Menerusi imej ilustrasi kapsul Neptune yang didedahkan, bahagian dalam begitu mewah dengan tinggi tingkap 1.52 meter dan kerusi yang empuk. Manakala seluruh kabin menggunakan pencahayaan berwarna ungu.

Bahkan, sambungan Wifi membolehkan pelancong memuatnaik gambar mereka langsung ke media sosial ketika di angkasa lepas. Turut tersedia ruang rehat angkasa yang membolehkan pelancong memesan minuman.

Menurut pihak syarikat kapsul itu mendaki pada kelajuan 19kmj yang memberikan penumpang banyak masa untuk melihat Bumi dan ruang angkasa selain lebih mesra alam kerana setiap penerbangan tidak membakar banyak bahan api. 

Space Perspective merancang melakukan sebanyak 25 penerbangan pada tahun pertama. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here