Jimat 20 peratus servis Ford antara 15 April sehingga 31 Mei ini

678

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia mengumumkan promosi Selepas Jualan Raya bermula 15 April sehingga 31 Mei 2022. 

Penjimatan sehingga 20 peratus serta barangan cenderamata percuma 

Pelanggan yang menempah slot servis semasa tempoh kempen akan menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk minyak pelincir, pakej pemasa dan brek.

Potongan 10 peratus untuk upah kerja bagi pakej ini. Mereka juga boleh berjimat sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih. 



Tawaran lain termasuk perkhidmatan tambahan seperti alignment dan balancing, servis asas penyaman udara, polishing dan sanitasi.

Pemilik Ford juga boleh mengambil kesempatan daripada pemeriksaan kenderaan 27-poin percuma yang dlakukan oleh juruteknik bertauliah Ford untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan terbaik.

Semua pelanggan perkhidmatan juga akan diberikan paket Raya Ford. 

Untuk lebih ganjaran, pelanggan yang berbelanja sejumlah RM1,000 dan ke atas untuk mana- mana tawaran kempen Raya ini dan servis terpilih lain akan menerima beg sukan eksklusif.

Lebih perlindungan dan personalisasi 

Untuk kembara dan perjalanan tanpa rasa bimbang, pelanggan Ranger boleh mendapatkan Pelan Waranti Lanjutan PremiumCare Ford (Ford Extended Warranty PremiumCare Plan) dan menikmati perlindungan tambahan selama dua tahun terhadap kos pembaikan tidak diduga selepas tempoh waranti standard selama lima tahun tamat. 

Selain itu, pelanggan Ford Ranger boleh menikmati tawaran pakej aksesori empat dalam satu berharga RM1,628 dan sesuaikan kenderaan mereka mengikuti cita rasa sendiri. Mereka juga boleh membeli aksesori berasingan mengikut pilihan yang diinginkan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here