Warga emas langgar tiang lampu ketika ujian memandu

280

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik ngeri apabila sebuah kereta mengalami kemalangan ketika ujian memandu di Argentina. 

Dalam rakaman itu, kereta kompak hitam itu melalui setiap bahagian kursus ujian namun hanya beberapa saat ia melaju lalu melanggar tiang lampu dan tergolek ke sisi. 



Kursus ujian itu melibatkan beberapa bahagian lebuhraya iaitu bulatan, beberapa selekoh, dan lintasan zebra.

Ketika kereta itu keluar dari sudut kanan, ia melanggar tepi jalan kemudian memecut secara tiba-tiba dan melanggar bahu jalan. 

Menurut rakaman CCTV, episod dramatik itu berlaku pada 7 Jun kira-kira jam 9 pagi. Pemandu itu adalah seorang wanita berusia 63 tahun yang kemudiannya dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan. 

Dilaporkan ketika kejadian pasukan Pertahanan Awam dan anggota bomba dipanggil untuk membantu wanita itu keluar dari kereta.

Tidak diketahui sama ada terdapat ‘cikgu memandu’ di dalam kenderaan itu atau punca kenderaan itu memecut secara tiba-tiba. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here