EU buat u-turn, kembali benarkan kenderaan ICE dijual selepas 2035

3

Bertahun-tahun lamanya Kesatuan Eropah (EU) kekal pendirian untuk mengharamkan penjualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman yang akan dilaksanakan pada tahun 2035.

Namun, setelah desakan demi desakan, pihak tersebut akhirnya beralah.

Menurut laporan akhbar Jerman Handelsblatt, Komisioner EU untuk Pelancongan dan Pengangkutan Mampan Apostolos Tzitzikostas mengesahkan kenderaan ICE akan terus dibenarkan untuk dijual selepas 2035.

Namun begitu, ia tertakluk kepada syarat di mana hanya kenderaan baharu yang rendah emisi dan menggunakan bahan api boleh diperbaharui (bahan api bio atau sintetik) sahaja dibenarkan untuk terus dijual.

Mengikut perancangan awal, EU mahu membentangkan pelan baharu pada 10 Disember ini, namun ia telah ditangguhkan ke satu tarikh baharu pada bulan ini.

Laporan itu turut menyebut EU masih lagi belum membuat keputusan untuk terus membenarkan penjualan EV dengan penambah jarak dan kereta plug-in hybrid (PHEV) selepas 2035.

Biarpun terdapat beberapa pengeluar yang membantah idea pengharaman tersebut, Volvo dan Polestar tetap mahu pelaksanaan larangan tersebut diteruskan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here