
Seorang penunggang motosikal sanggup membelanjakan hampir RM11,000 bagi modifikasi namun masih gagal memenuhi spesifikasi keselamatan.
Menurut kenyataan media, Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) turut menyita empat buag motosikal dalam operasi pada Ahad lalu melibatkan beberapa lokasi panas di pusat bandar sekitar awal pagi.
“Sebanyak 65 notis dikeluarkan atas kesalahan seperti ekzos ekstrem, nombor pendaftaran fancy/palsu, tiada CDL, LKM tamat tempoh, tiada insurans dan ketiadaan brek belakang.
“Penemuan serius lain termasuklah penggunaan kabel tie sebagai pengikat brek, motosikal dengan LKM tamat sejak 2011 dan seorang penunggang mempunyai 11 saman lampau belum diselesaikan,” menurut kenyataan tersebut.
Jelasnya lagi, individu yang ditahan datang dari pelbagai kawasan termasuk Negeri Sembilan, Kuala Selangor, Klang dan sekitar Lembah Klang yang dipercayai berkumpul untuk aktiviti berisiko tinggi di pusat bandar.





























