
Porsche sebelum ini mengejutkan dunia dengan perancangan untuk menghasilkan generasi baharu 718 Cayman dan Boxster dalam versi EV semata-mata.
Menyedari ia bakal menjadi satu kesilapan besar, pengeluar automotif Zuffenhausen itu mengumumkan berita baharu yang mampu melegakan hati pemint.
Menurut laporan Motor1, Porsche mengesahkan model baharu Boxster dan Cayman akan terus ditawarkan dengan enjin pembakaran dalaman.
Cuma, penawaran enjin tersebut hanya akan dikhususkan untuk varian tertinggi sahaja, seperti GT4 atau GT3 RS.
Ini bermakna, 718 versi ICE akan dijual pada harga yang lebih mahal berbanding versi EV, dan pembeli yang mempunyai bajet cukup makan perlu berpuas hati dengan unit pacuan elektrik.
Masih berminat dengan 718 generasi baharu? Anda perlu sabar menanti memandangkan generasi baharu kereta sports itu hanya akan tiba menjelang akhir dekad ini.
Model 718 sedia ada pula kini menghampiri penghujungnya dengan unit terakhir dijangka keluar dari barisan produksi pada bulan hadapan.
Adakah Porsche akan mengubah kembali platform baharu 718 yang dikhususkan untuk EV, atau menambah baik platform 718 sedia ada untuk model generasi baharu?

































