Utama Berita Automotif Bukan untuk tangkap penjenayah, Lamborghini Temerario Polizia laksana tugas lebih murni

Bukan untuk tangkap penjenayah, Lamborghini Temerario Polizia laksana tugas lebih murni

4

Lamborghini memperlihatkan sebuah kenderaan ‘peronda’ berprestasi tinggi yang dihasilkan khusus untuk pasukan polis negeri Itali, iaitu Temerario Polizia.

Ia bukanlah direka untuk mengejar dan menangkap penjenayah.

Sebaliknya, Temerario Polizia ini ditugaskan untuk mengangkut organ derma dan perkakasan perubatan kritikal yang diperlukan dalam situasi kecemasan.

Huracan Polizia

Inisiatif ini telah dilaksanakan oleh Lamborghini dan Italian State Polis sejak tahun 2004 lagi, dimulakan dengan model Gallardo, Huracan dan Urus Performante.

Sejak daripada itu, lebih dua ratus organ derma telah berjaya dihantar dan menyelamatkan lebih ramai nyawa pesakit.

Selain membawa organ manusia, ia juga digunakan dalam pelbagai acara kempen keselamatan jalan raya untuk menggalakkan pemanduan selamat.

Temerario Polizia ini dilayangkan dengan liveri biru dan putih, bar lampu mata arah pada bahagian bumbung serta grafik tiga warna yang diinspirasikan oleh bendera Itali.

Temerario dipacu oleh sistem plug-in hybrid (PHEV) yang terdiri daripada enjin V8 turbo berkembar 4.0 liter, tiga motor elektrik, transmisi klac berkembar 8-kelajuan dan bateri 3.8 kWh.

Output keseluruhan mampu mencecah 907 hp dan daya kilas 730 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 343 km/j.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here