Nissan GT-R R35 yang disita diguna sebagai kenderaan bawa organ!

1809

Sebuah Nissan GT-R R35 yang didermakan oleh Republican National Guard Portugal akan digunakan oleh jabatan penyelamat nyawa negara tersebut.

Nissan GT-R R35

Menurut laman Facebook rasmi GNR (Guarda Nacional Republicana), R35 tersebut merupakan sebuah kereta yang disita dalam satu kes jenayah, dan ianya akan digunakan sebagai kenderaan untuk membawa organ manusia di Lisbon dan Porto.



Oleh itu penampilannya telah diubah, dimana ianya kini disertakan dengan beberapa kemasan khas, termasuk pelekat dengan tulisan ‘GNR’ dan ‘Transporte de Orgaos’ (Pengangkutan Organ), serta lampu kecemasan.

“Kualiti dan keselamatan transplantasi organ bergantung pada waktu yang diperlukan untuk pengangkutannya. Mencapai sesuatu destinasi dalam waktu sesingkat mungkin menyumbang untuk menyelamatkan nyawa,” kata GNR menerusi Facebook rasmi mereka.

Untuk makluman, Nissan GT-R R35 dikuasakan oleh enjin 3.8-liter V6 twin-turboc yang digabungkan dengan transmisi automatic dwi-klac 6-kelajuan. Outputnya pula berbeza mengikut tahun keluaran dan spesifikasi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here