Keuntungan Lamborghini meningkat, model Urus laku keras di China

1335

Membeli kereta baharu yang lebih mewah serta serba canggih ketika pandemik mungkin bukan satu masa yang terbaik malah ia berisiko memandangkan keadaan ekonomi di sesetengah negara yang tidak menentu ketika ini.

gambar hiasan

Namun siapa sangka, di kala pandemik melanda dunia, Lamborghini telah berjaya meraih keuntungan jualan yang positif.

 

“Meskipun harga Lamborghini semuanya mahal, namun melihat pada peningkatan rekod penjualan terkini kami berasa sangat terkejut dan bangga,” kata Ketua Eksekutif Lamborghini, Stephen Winkelmann.



Difahamkan, Lamborghini Urus bernilai sekitar USD220,000 (RM1 juta) telah berjaya meraih permintaan yang tinggi terutamanya di pasaran China.

Rata-rata pembeli kereta di China dikatakan lebih meminati model SUV ultra-mewah dari Rolls-Royce, Bentley dan Lamborghini. 59 peratus daripada jumlah jualan Lamborghini tahun lalu merupakan model Urus.

Lamborghini Urus China
Lamborghini Urus

“Urus telah memberikan kami satu kejayaan dari segi pulangan pelaburan yang menjanakan keuntungan yang tinggi dan untung tersebut boleh dijadikan sebagai modal pusingan bagi kelangsungan Lamborghini pada masa akan datang,” tambah Winkelmann.

Menurutnya lagi, China dijangkakan akan menjadi pasaran kedua terbesar bagi penjualan Lamborghini, menggantikan Jerman pada tahun ini. Manakala pasaran Lamborghini di Amerika Syarikat kekal di tangga pertama dengan penjualan sebanyak 2,224 unit pada tahun lalu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here