Sewa, matikan GPS dan bawa lari Lamborghini Urus

4302

Seperti kereta yang lain, kereta dalam kategori ‘sewa’ juga tidak terkecuali berisiko untuk dicuri, apalagi jika ianya ialah sebuah Lamborghini Urus.

Lamborghini Urus

Seperti kes yang berlaku di Ontario, Kanada, seorang penyewa telah menyewa sebuah SUV berkenaan di GTA Exotics yang berpusat di Mississauga, Ontario. Kadar sewanya bermula pada USD1,500 (RM6k) hingga USD 1,600 (RM6.4k) per hari.



Tidak berapa lama selepas disewa dengan membayar wang deposit sebanyak USD10,000 (RM40k), penyewa tersebut bertindak mematikan peranti GPS dan membuangnya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by GTA Exotics (@gtaexoticsofficial)

Kes ini sudah disiasat oleh pihak polis dan setelah tiga minggu kehilangannya, Lamborghini Urus tersebut masih belum dijumpai.

Untuk makluman, Lamborghini Urus mula dijual dengan harga sekitar RM1 juta di Malaysia ketika pertama kali diperkenalkan, dan dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 640hp.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here