Utama Berita Automotif Lamborghini Urus Ute ini sebenarnya hanyalah gurauan April Fools’

Lamborghini Urus Ute ini sebenarnya hanyalah gurauan April Fools’

4

Usah betulkan skrin paparan laptop/handphone anda bila melihat trak ute yang agak unik ini.

Satu, ia nampak macam sebuah Lamborghini Urus yang direka sebagai sebuah trak kerja. 

Dua, model ini sebenarnya tidak langsung wujud dalam dunia. 

Ia bermula dengan beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram syarikat Australia Tradie Wraps yang memaparkan hasil kerja yang paling ekstrem pernah dibuat pada “Lamborghini Urus”. 

Ia didakwa merupakan satu projek kerjasama antara Tradie Wraps, Centaur Products dan Lamborghini Australia, dan memakan masa dua tahun untuk disiapkan. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tradie Wraps (@tradiewraps)

Namun, menurut laman Road & Tracks yang menghubungi Tradie Wraps mengesahkan trak tersebut memang tidak wujud dan hantaran tersebut dibuat sempena 1 April (April Fools’). 

Bayangkan jika anda ada sebuah casis Lamborghini Urus yang sudah tersadai disebabkan oleh kemalangan, dan mahukan sesuatu yang unik, ini mungkin sekali projek yang sesuai untuk dilaksanakan. 

Urus 4-pintu diubah menjadi Urus 2-pintu, dan dipadankan pula dengan tayar mud-terrain, suspensi yang lebih tinggi dan tahan lasak, serta kanopi aluminium di belakang untuk meletakkan barangan keperluan. 

Kembali ke dunia sebenar, Urus masih lagi merupakan model Lamborghini yang paling laris terjual di seluruh dunia.

Melihatkan kepada populariti Urus, tiada salahnya untuk Lamborghini ‘buat hal’ dan hasilkan varian Urus Ute. 

Mungkin lagi cool jika dibandingkan dengan trak pikap G-wagen 6 tayar. Siapa sangka, kan? 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here