Utama Berita Automotif BYD bakal bawakan teknologi pengecasan ultra-pantas ke Eropah – 1,500 kW, cas...

BYD bakal bawakan teknologi pengecasan ultra-pantas ke Eropah – 1,500 kW, cas dalam masa 5 minit!

4

BYD kini mengesahkan teknologi pengecasan ultra-pantas mereka bakal memasuki pasaran Eropah.

Dalam tempoh 12 bulan akan datang, BYD merancang membina 6,000 stesen Flash Charging di luar China, termasuk 3,000 unit di Eropah.

Berbanding fasiliti sedia ada, BYD mendakwa Flash Charge ini mampu mencapai sehingga 1,500 kW, menjadikannya yang terpantas setakat ini. 

Dengan teknologi bateri yang serasi, BYD mengumumkan tempoh pengecasan bateri 10-70 peratus boleh dicapai dalam masa lima minit sahaja, dan 10-97 peratus dalam masa sembilan minit. 

Lebih menarik, stesen pengecas ini tidak dihasilkan eksklusif untuk pemilik BYD semata-mata, dan BYD juga merancang untuk bekerjasama dengan tapak pengecas sedia ada. 

Model pertama yang akan menikmati teknologi ini ialah shooting brake elektrik Denza Z9 GT dan MPV plug-in hybrid (PHEV) D9 DM-i.

Tidak seperti MPV D9 yang dijual di Malaysia, D9 DM-i dilengkapi dengan pek bateri 58.5 kWh yang mampu menawarkan jarak pandu sifar emisi sejauh 209 km, dan jarak keseluruhan sejauh 950 km dengan bantuan tangki petrol penuh. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here