Pesawat Sriwijaya Air terhempas berkemungkinan dari sistem pendikit automatik

898

Penyiasat kemalangan pesawat Indonesia sedang menyiasat masalah membabitkan sistem pendikit automatik yang berfungsi mengawal kuasa enjin secara automatik.

sriwijaya air

Seorang pegawai memaklumkan, masalah itu menyumbang kepada kemalangan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas pada 9 Januari lalu, mengakibatkan 62 orang maut.



Menurut Penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT), Nurcayho Utomo, satu masalah dengan sistem pendikit automatik pesawat jenis Boeing 737-500 dilaporkan selepas beberapa penerbangan, sebelum kemalangan itu.

“Terdapat satu laporan pendikit automatik tidak berfungsi beberapa hari sebelum itu kepada juruteknik di log penyelenggaraan, tetapi kami tidak tahu apa masalahnya,” kata Nurcayho Utomo.

“Jika kami menjumpai CVR (Perakam Suara Kokpit), kami boleh mendengar perbincangan antara juruterbang mengenai apa yang mereka katakan dan kami tidak tahu apa masalah,” tambahnya.

Bagaimanapun, Utoma berkata masih samar sama ada masalah dengan sistem pendikit automatik yang mengakibatkan insiden berkenaan.

sriwijaya air

Menurut Otomo, beliau juga tidak dapat mengingati masalah lain yang dibangkitkan dalam log penyelenggaraan.

Jelasnya, tidak apa untuk sesebuah pesawat melakukan penerbangan tanpa sistem pendikit automatik tidak berfungsi kerana juruterbang boleh mengawalnya secara manual.

Sementara itu, syarikat penerbangan Sriwijaya Air tidak dapat memberi komen mengenai hal berkaitan teknikal membabitkan siasatan sebelum satu kenyataan rasmi dikeluarkan KNKT.

Laporan awal mengenai siasatan itu dijangka dikeluarkan dalam tempoh 30 hari selepas kemalangan itu, sejajar dengan piawaian antarabangsa.

Perakam Data Pesawat (FDR) sudah pun ditemui dan diteliti oleh penyiasat, namun operasi pencarian di laut masih dijalankan untuk mencari unit memori CVR yang terhempas di Laut Jawa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here