Ibu cemas kanak-kanak 3 tahun terperangkap dalam kereta

813

Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terperangkap di dalam kereta Proton Iswara ketika ibunya keluar ke lokasi berhampiran di Jalan Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam. 

terperangkap kereta

Menurut Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau Mohd Ferdaus Ishak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3:45 petang berhubung kejadian itu.



Katanya, sepasukan anggota dari BBP Balik Pulau dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan bagi operasi menyelamat.

“Ketika tiba di lokasi, kanak-kanak itu tidur di tempat duduk penumpang bahagian depan dalam kereta yang terkunci,” kata Ferdaus.

“Kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kanak-kanak itu dalam keadaan selamat,” tambahnya.

Kereta terbabit difahamkan dipandu ibunya sebelum meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta bagi untuk berurusan di lokasi berhampiran, namun selepas ibunya kembali mendapati kenderaan berkenaan terkunci.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here