
Salah satu kereta peronda ikonik yang dihasilkan oleh Dodge ialah model Charger.
Apabila model tersebut dihentikan pengeluarannya, pasukan polis Amerika seakan kehilangan model yang sesuai setelah Ford menghentikan pengeluaran Taurus pada tahun 2019.
Kini, Dodge mahu mengisi kekosongan tersebut dengan memperkenalkan prototap Charger PPV (Police Pursuit Vehicle) di Police Fleet Expo di Daytona International Speedway.
Menurut Team One Network, Dodge Charger PPV (2027) ini akan dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) sebagai ciri standard.
Ia adalah selari dengan permintaan agensi yang sebelum ini sering memilih model AWD untuk operasi dalam keadaan cuaca buruk.
Sementara itu, CEO Chrysler/Dodge, Matt McAlear menjelaskan kepada MoparInsiders tentang masa depan Charger untuk kegunaan polis.
“Ia memang sebahagian daripada perancangan. Kami sedang bekerjasama dengan GSA dan pasukan fleet termasuk California Highway Patrol dan Michigan State Polis – dua badan utama yang menetapkan standard model PPV. Jadi kami sedang fokus ke arah itu,” ujarnya.
Buat masa ini, Dodge belum mendedahkan spesifikasi rasmi Charger PPV.
Dalam penawaran semasa, Charger dipacu enjin 3.0 liter turbo berkembar Hurricane menghasilkan kuasa 420 hp dan 635 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
Untuk sebuah kereta polis, ia perlulah lebih berkuasa dan dilengkapi dengan kelengkapan standard seperti liveri, sangkar penjenayah, sistem penyejukan yang dipertingkat, sistem brek yang lebih lasak, sistem elektrik tugas berat, serta ruang yang mencukupi untuk memuatkan sistem radio, rak senjata, komputer dan kelengkapan pejabat bergerak.
Unit prototaip ini memaparkan beberapa ciri penting seperti konsol tengah yang dikosongkan untuk memberi ruang kepada pemasangan peralatan, diikuti palang pemisah antara kokpit dan ruang belakang.
View this post on Instagram


































