Perang poster BMW dan Mercedes-Benz, tentera bawang turut serta letak gambar Myvi

2239

Jenama yang tidak asing lagi bagi dunia automotif, BMW dan Mercedes-Benz merupakan segmen kenderaan mewah yang menjadi pilihan orang ramai. Kedua-dua jenama Jerman itu merupakan pesaing rapat sejak sekian lama. 

Baru-baru ini, perang poster yang dikeluarkan tiga buah syarikat pengedar rasmi jenama berkenaan yang terdiri daripada Auto Bavaria (BMW), Cycle & Carriage Bintang Malaysia dan BR-Jaya Sdn Bhd (Mercedes-Benz) menarik perhatian peminat automotif.



Seperti anda boleh lihat di bawah ini:

Rata-rata pengguna ternyata terhibur dengan adegan saling berbalas poster oleh pengeluar kenderaan berkenaan dan ramai meninggalkan pelbagai komen pada hantaran tersebut.

Namun apa yang menarik perhatian apabila netizen juga turut serta dalam perang poster berkenaan dengan mengubah suai gambar asal cermin sisi meletakkan kenderaan polis, Perodua Myvi dan kamera perangkap had laju.

Macam-macam telatah dan kreativiti ‘membahan’ dalam kalangan tentera bawang tempatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here