Utama Berita Automotif Jaguar Land Rover hidupkan semula nama Freelander di China, guna platform Chery

Jaguar Land Rover hidupkan semula nama Freelander di China, guna platform Chery

5

Jaguar Land Rover dilapor akan menghidupkan semula satu nama yang ikonik pernah wujud suatu ketika dahulu, iaitu Freelander. 

Ia adalah berdasarkan beberapa keping gambar model prototaip yang tertiris diikuti imej Freelander yang sedang menjalani ujian pelanggaran di China. 

Freelander akan tampil sebagai SUV off-road rekaan berkotak, dan dibina berdasarkan platform T1X Chery yang turut sama digunakan pada jenama Jaecoo dan Omoda. 

Buat masa ini, pihak Jaguar Land Rover belum mendedahkan rupa paras sebenar model baharu ini. 

Imej janaan komputer yang dihasilkan oleh Sugar Design ini memperlihatkan rekaan moden klasik yang bakal ditampilkan oleh Freelander baharu. 

Antara ciri unik termasuklah unit lampu utama bersegi, skrip perkataan Freelander menghiasi bahagian jeriji depan yang tertutup, serta bukaan kecil pada bahagian bampar hadapan. 

Bahagian sisi pula membawakan persamaan rekaan tiang C bersudut yang wujud pada Freelander asal, sementara bahagian belakang pula agak ringkas dengan lampu yang kecil dan skrip Freelander pada pintu tailgate. 

Difahamkan, Freelander akan ditawarkan dalam versi elektrik penuh (EV) serta hibrid untuk pasaran China

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here