Utama Berita Automotif Risiko Enjin Mati : Chery panggil balik Jaecoo J7 & Tiggo 7

Risiko Enjin Mati : Chery panggil balik Jaecoo J7 & Tiggo 7

8

Chery memfailkan pelan panggil balik kepada Pentadbiran Negara bagi Kawal Selia Pasaran China melibatkan dua model SUV popular susulan risiko keselamatan.

Syarikat itu mendaftarkan panggil balik tersebut di bawah nombor S2026M0007V pada 23 Januari lalu. 

Model Yang Terlibat

Kempen panggil balik tersebut melibatkan 1,108 unit kenderaan keluaran tahun 1 April hingga 8 Disember 2025:

  • Chery Tansuo 06 (dikenali sebagai Jaecoo J7 di pasaran luar negara).
  • Chery Tiggo 7 1.6T (termasuk varian Tiggo 7 Sport dan Tiggo 7 Plus).

Siasatan mendapati beberapa unit kenderaan mungkin dipasang tanpa mengikat klip abah-abah pendawaian unit kawalan elektronik (ECU) enjin dengan betul.

Ikatan yang tidak sempurna boleh menyebabkan berlaku geseran pada abah-abah kabel dari masa ke semasa.

Susulan itu, ia berisiko berlakunya kehausan melampau pada pendawaian yang boleh menyebabkan enjin mati secara tiba-tiba semasa kenderaan sedang bergerak, sekaligus mendatangkan risiko keselamatan kepada pemandu dan pengguna jalan raya lain.

Chery akan menyediakan pemeriksaan percuma bagi pemasangan abah-abah kabel ECU untuk semua kenderaan yang terlibat.

Jika klip didapati tidak dipasang dengan betul atau terdapat tanda kerosakan pada kabel, pihak syarikat akan membaiki atau menggantikan komponen tersebut secara percuma.

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here