Utama Berita Automotif Hyundai STARIA Prestige dinobat MPV ICE Terbaik 2025

Hyundai STARIA Prestige dinobat MPV ICE Terbaik 2025

9

Hyundai Motor Malaysia terus gah melakar kejayaan pada Anugerah Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2025 apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai STARIA Prestige 7-tempat duduk dinobatkan sebagai ‘MPV ICE Terbaik Tahun Ini’.

Kemenangan itu mengukuhkan reputasi Hyundai STARIA sebagai MPV keluarga premium di pasaran tempatan, dengan penekanan terhadap gabungan reka bentuk futuristik, tahap keselamatan tinggi serta kepraktisan untuk kegunaan harian.

Hyundai Motor Malaysia memaklumkan, varian STARIA Prestige 7-tempat duduk dilengkapi pakej keselamatan aktif SmartSense merangkumi Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Lane Keeping Assist (LKA), Lane Following Assist (LFA) dan Smart Cruise Control (SCC).

Ia bertepatan dengan keperluan penggunaan bagi keluarga yang kerap melakukan perjalanan jarak jauh.

Dalam perkembangan sama, Hyundai Motor Malaysia memperkenalkan penambahbaikan baharu terhadap Hyundai STARIA 10-tempat duduk, yang disasarkan kepada pengguna bagi tujuan keluarga, perniagaan dan kegunaan pelbagai.

Antara perubahan utama adalah pengeluaran tempat duduk tengah di bahagian hadapan, sekali gus menawarkan ruang kabin lebih luas dan selesa untuk pemandu serta penumpang hadapan.

Ruang itu digantikan dengan konsol lantai baharu yang menyediakan kemudahan simpanan tambahan, termasuk pemegang cawan dan ruang penyimpanan barangan peribadi.

Hyundai Motor Malaysia memaklumkan harga bagi rangkaian Hyundai STARIA kekal antara RM179,888 hingga RM267,888, termasuk varian 10-tempat duduk yang dinaik taraf.

Selain itu, syarikat berkenaan turut menawarkan promosi sempena Tahun Baharu Cina menerusi kempen ‘Total Drive Rewards’ – dengan rebat tunai sehingga RM20,000 bagi varian STARIA terpilih, serta tawaran istimewa untuk model lain – termasuk New TUCSON dan SANTA FE serba baharu – tertakluk kepada terma dan syarat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here