Utama Berita Automotif JETOUR T2 lancar di Malaysia: SUV 2.0 Turbo AWD 375Nm dengan bentuk...

JETOUR T2 lancar di Malaysia: SUV 2.0 Turbo AWD 375Nm dengan bentuk kotak, bermula RM156,800

7

JETOUR Malaysia mengembangkan kehadirannya di negara ini dengan memperkenalkan model baharu mereka, JETOUR T2.

Secara ringkasnya, T2 bukan sekadar SUV bandar biasa. Ia membawa karakter sebuah kenderaan pengembaraan dengan reka bentuk kotak yang gagah, sistem pacuan semua roda pintar serta teknologi moden di dalam kabin.

Enjin 2.0 turbo dengan sistem AWD pintar

JETOUR T2 menggunakan enjin 2.0 liter turbocharged direct injection (TGDi) yang menghasilkan 231 hp dan 375 Nm tork.

Ia dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan Dual Clutch (7DCT), manakala sistem Intelligent XWD memastikan pengagihan kuasa ke roda dapat disesuaikan secara automatik mengikut keadaan jalan.

SUV itu turut dilengkapi mod pemanduan 7+X, yang membolehkan kenderaan menyesuaikan karakter pemanduan sama ada di jalan bandar, lebuh raya atau laluan yang lebih mencabar.

Gabungan ini bertujuan meningkatkan cengkaman, kestabilan dan keyakinan pemandu ketika memandu di pelbagai keadaan permukaan jalan. Untuk melengkapkan imej lasaknya, JETOUR T2 dipadankan dengan rim aloi 19 inci bersama tayar 255/60 R19.

Rekaan kotak dengan karakter pengembaraan

Satu perkara yang paling menonjol pada JETOUR T2 ialah reka bentuknya. Ttampil dengan gaya boxy SUV yang memberikan kehadiran jalan yang kuat, mengingatkan kepada kenderaan pengembaraan klasik tetapi dengan sentuhan moden.

Antara elemen reka bentuk utama termasuk:

  • Lampu hadapan LED automatik
  • Lampu tandatangan bercahaya ‘JETOUR’
  • Lampu belakang LED Light Ray
  • Tayar simpanan dipasang di pintu belakang

Selain itu, fungsi soft-close door turut ditawarkan bagi menambah kemudahan penggunaan harian.

Kabin moden dengan skrin besar dan audio Sony

Masuk ke dalam kabin, JETOUR T2 tampil dengan pendekatan teknologi yang jelas. Dilengkapi skrin multimedia 15.6 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, membolehkan integrasi telefon pintar dilakukan dengan lebih mudah. Ada juga pembantu suara pintar “Hello Jetour”.

Untuk kemudahan, T2 menyediakan pengecas tanpa wayar 50W, manakala pengalaman audio dipertingkatkan melalui sistem bunyi premium Sony dengan 12 pembesar suara.

Fokus keselesaan untuk perjalanan jauh

Dari segi keselesaan, JETOUR T2 dilengkapi beberapa ciri yang sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Antaranya termasuk:

  • Tempat duduk kemasan leatherette
  • Tempat duduk hadapan dengan fungsi memori dan welcome function
  • Tempat duduk hadapan berpengudaraan (ventilated seats)
  • Pencahayaan ambien pelbagai warna
  • Bumbung suria panoramik

Gabungan ciri ini memberikan suasana kabin yang lebih luas dan selesa, terutamanya untuk perjalanan jauh atau aktiviti hujung minggu.

5 bintang ASEAN NCAP dan ADAS Tahap 2

Dari sudut keselamatan, JETOUR T2 telah memperoleh penarafan keselamatan 5-Bintang ASEAN NCAP. Antara sistem keselamatan yang disertakan termasuk:

  • Enam beg udara SRS
  • Advanced Driving Assistance System (ADAS) Tahap 2
  • Panoramic View Monitoring System dengan fungsi transparent chassis
  • Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)

JETOUR T2 ditawarkan satu varian dengan tiga warna luaran

JETOUR T2 ditawarkan pada harga RM156,800 dengan jaminan kenderaan 7 tahun/150,000km] serta jaminan enjin 10 tahun / 1,000,000 km.

Warna ditawarkan dengan:

  • Khaki White
  • Aviation Silver
  • Carbon Black

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here