Utama Berita Automotif JETOUR sedia pelan agresif pengukuhan jenama untuk tahun 2026

JETOUR sedia pelan agresif pengukuhan jenama untuk tahun 2026

4

JETOUR Malaysia menggariskan hala tuju penuh yakin dan progresif bagi tahun 2026, sekali gus mengukuhkan komitmen jenama itu terhadap pasaran Malaysia.

Pertumbuhan ini dipacu melalui aspek produk, infrastruktur, dan penjenamaan, menandakan peralihan JETOUR ke fasa pertumbuhan seterusnya selepas membina asas kukuh sejak diperkenalkan di pasaran tempatan.

Sejak dibawa di Malaysia pada tahun 2024, JETOUR mencatat kemajuan berterusan dalam memperkukuh kehadirannya.

Sepanjang tahun lalu, jenama berkenaan mencatatkan jualan 2,741 unit kenderaan, disokong 31 rangkaian pusat jualan dan servis sah di 13 negeri dan wilayah utama di seluruh negara.

Pencapaian ini mencerminkan strategi pertumbuhan JETOUR yang terancang dan konsisten, dengan penekanan terhadap kesesuaian pasaran, kualiti perkhidmatan dan pembinaan kredibiliti jenama untuk tempoh yang panjang.

Sebagai melengkapkan evolusi jenama, JETOUR baru-baru ini memperkenalkan logo baharu di Malaysia, menandakan satu fasa lebih jelas dan yakin.

Mengambil inspirasi daripada aksara Cina 行, yang melambangkan pergerakan dan kemajuan, identiti baharu ini menyerlahkan komitmen berterusan JETOUR terhadap Malaysia sebagai pasaran pertumbuhan utama, di samping memperkukuhkan hala tuju jenama berteraskan perjalanan dan masa depan.

Menggunakan strategi Travel+, JETOUR membina diri mereka sebagai jenama SUV direka mengikut keperluan sebenar perjalanan dan gaya hidup pemandu.

Falsafah ini membentuk pendekatan jenama terhadap pembangunan produk, pengalaman pemilikan serta hubungan jangka panjang dengan pelanggan tempatan.

“Malaysia kekal sebagai pasaran utama dalam strategi pertumbuhan global JETOUR.

“Fokus kami adalah untuk membina portfolio SUV yang lebih kukuh dan tersendiri, di samping terus melabur dalam keupayaan dan infrastruktur yang menyokong keyakinan jangka panjang pelanggan dan rakan kongsi,” kata Nicholas Ng, Naib Presiden JETOUR Auto Malaysia.

Pelan Produk Lebih Jelas untuk 2026

Bagi tahun 2026, JETOUR Malaysia mengesahkan tahun ini menjadi tahun pertumbuhan signifikan, dengan beberapa model SUV baharu bakal diperkenalkan merangkumi pelbagai segmen.

Selain menumpukan kepada spesifikasi, pelan produk ini akan menekankan evolusi kategori SUV, merangkumi SUV bandar, model berinspirasikan off-road serta kenderaan berorientasikan gaya hidup untuk kegunaan keluarga dan perjalanan jarak jauh.

Teras kepada evolusi ini adalah T-Series, yang mencerminkan hala tuju masa depan JETOUR melalui rekaan SUV yang lebih berani, teknologi canggih dan intuitif, serta orientasi kukuh terhadap perjalanan dan pengembaraan.

Memperkukuh Keupayaan Jangka Panjang di Malaysia

Selain penawaran produk, JETOUR Malaysia turut melabur dalam keupayaan operasi jangka panjang bagi menyokong pertumbuhan kemampanan.

Antara inisiatif utama termasuk penubuhan ibu pejabat dan pusat servis utama baharu di Malaysia, di samping pembangunan Regional Technical Training Centre dan Media and Content Centre khusus yang dijangka siap menjelang separuh pertama 2026.

Seiring dengan itu, jenama ini turut mempercepatkan pengembangan rangkaian di seluruh negara, dengan sasaran 50 pusat jualan dan servis yang sah menjelang akhir 2026.

Usaha ini akan disokong dengan pembangunan berterusan rangkaian servis, kempen suku tahunan aftersales, serta program klinik kenderaan pelanggan bagi memperkukuh keyakinan pemilikan dan sokongan selepas jualan seiring dengan pertumbuhan pangkalan pelanggan JETOUR di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai JETOUR Malaysia, sila layari:
Laman Web: https://jetour.com.my
Facebook: Jetour Auto Malaysia
Instagram: Jetour Auto Malaysia
TikTok: jetourauto.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here