
UMW Toyota Motor (UMWT) merekodkan jualan 4,700 unit sepanjang Januari 2026, satu pencapaian membanggakan dalam keadaan pasaran semasa yang sengit dan mencabar.
Toyota juga berjaya mengekalkan prestasi stabil untuk permulaan tahun ini, seperti tahun sebelumnya.
Kejayaan ini membuktikan rakyat Malaysia masih memberi kepercayaan terhadap model teras keluaran Toyota.

UMWT menerusi satu kenyataan memberitahu, fokus mereka bukan terhadap ‘jualan bermusim’, tetapi lebih kepada memberi nilai jangka panjang untuk pelanggan mereka.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K Ravindran berkata, melalui konsep ‘Best in Town’, pihaknya komited memastikan setiap pelanggan dihargai dengan kualiti produk, rangkaian sokongan di seluruh negara dan servis selepas jualan yang dipercayai.
“Tahun Baru Cina adalah masa untuk kita berkumpul dengan keluarga dan ramai yang akan memulakan perjalanan jarak jauh untuk pulang ke kampung.
“Sebab itu ketenangan fikiran semasa memandu sangat penting. Dengan kenderaan direka untuk perjalanan jauh dan sokongan servis mantap, setiap keluarga boleh memandu dengan tenang dan fokus sepenuhnya bersama orang tersayang,” kata beliau.
Pilihan Mobiliti yang Lebih Pelbagai
Melalui pendekatan ‘multipathway’, Toyota berhasrat memastikan setiap orang ada pilihan untuk bergerak tanpa ada yang ketinggalan.
Pengenalan model GR Corolla dengan transmisi automatik memberi kemudahan dan membuatkan jentera ini boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, Vios Hybrid Electric yang baru dilancarkan menawarkan teknologi elektrik bagi model kegemaran ramai di negara ini.
Difahamkan, UMWT bakal membawa lebih banyak teknologi mobiliti mengikut kesesuaian pengguna bagi pasaran tempatan sepanjang tahun 2026.
Selain itu, UMWT juga sudah mempunyai pusat pemasangan bateri hibrid sendiri di Bukit Raja, Klang.

Kilang ini mampu memasang sehingga 30,000 unit bateri setahun, sekali gus membuktikan Toyota serius dalam memperkasakan kenderaan hibrid menggunakan kepakaran tempatan.
Bagi mereka yang mahukan lebih jaminan, program Toyota Extend yang dilancarkan Disember lalu, menawarkan waranti tambahan selepas tempoh standard tamat.
Ini bakal membantu dalam ‘menjaga nilai kenderaan’ anda untuk jangka panjang.
Rebut Promosi Tahun Baru Cina
Sempena perayaan kali ini, UMW Toyota Motor menyediakan tawaran hebat untuk model-model terpilih.
Pelanggan boleh menikmati ganjaran sehingga RM9,500 dan ansuran bulanan serendah RM658.

Bukan itu sahaja, program Toyota Service Savers memberi peluang kepada pelanggan berjimat dengan kos penyelenggaraan disediakan bermula dari RM33 sebulan sahaja.
Untuk mengetahui lebih lengkap semua promosi, tawaran dan perkhidmatan disediakan UMWT, pelanggan dan orang ramai dipelawa melayari http://www.toyota.com.my atau terus ke cawangan sah Toyota berdekatan.






























