Utama Berita Automotif Proton S70 2026 sudah boleh mula ditempah

Proton S70 2026 sudah boleh mula ditempah

4

Tempahan Proton S70 2026 dibuka bermula hari ini dan model ini sudah tersedia di bilik pameran sah 3S/4S Proton seluruh negara.

Namun, pihak Proton belum didedahkan harga model ini secara rasmi.

Difahamkan harga bagi Proton S70 2026 hanya akan diumumkan pada 11 Februari ini, bersempena pelancaran rasmi model berkenaan.

Bagi mereka yang berminat untuk memiliki model Proton S70 2026, boleh membuat tempahan di bilik pameran sah Proton 3S/4S di seluruh negara dengan bayaran RM500. 

Proton S70 2026 dikuasakan enjin i-GT 1.5 liter turbo, dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DCT.

Ia mampu menghasilkan kuasa 181PS dan 290Nm tork. Sistem pacuan dikemas kini membolehkan ia memecut dari 0–100km/j dalam masa hanya 7.5 saat, selain mengekalkan kecekapan bahan api pada 5.7L/100km.

Proton S70 2026 didatangkan dengan Lampu Hadapan LED dan Lampu Nyalaan Siang Hari (DRL), rim aloi baharu 17 inci serta kit aerodinamik terkini.

Bahagian dalaman kabin dilengkapi kemasan diperhalusi bagi meningkatkan suasana berorientasikan pemandu selain karakter moden berprestasi sedan.

Ketersambungan Pintar (Excellent Connectivity) menyerlahkan fokus Proton terhadap pengalaman digital intuitif, berteraskan paparan infotainmen 12.3 inci dilengkapi Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar.

Interaksi suara pintar dan ciri sambungan dalam kereta

Mengenai ciri keselamatan, Proton S70 2026 dilengkapi 13 ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2. Fungsi bantuan pemandu utama seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Lane Keep Assist (LKA) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Semua sistem ini ‘saling bekerjasama’ dengan sistem keselamatan aktif lain bagi meningkatkan kesedaran, keyakinan pemanduan dan keselamatan mental semasa memandu, terutamanya untuk pemanduan jarak jauh.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here