Utama Berita Automotif Rempuh lima kenderaan ketika dikejar polis, lelaki ditahan bersama dadah

Rempuh lima kenderaan ketika dikejar polis, lelaki ditahan bersama dadah

33

Cubaan seorang lelaki melarikan diri selepas dikejar polis berakhir dengan kemalangan apabila kereta dipandunya merempuh lima kenderaan lain di Jalan Dato’ Wong Ah Jang di Kuantan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, suspek berusia 27 tahun sempat melarikan diri dari lokasi kemalangan.

Menurutnya, suspek bagaimanapun berjaya ditahan tidak lama selepas kejadian bersama 136 pil yaba dianggarkan seberat 15.18 gram dan syabu dengan anggaran berat 2.82 gram bernilai kira-kira RM2,300.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan pemandu atau penumpang kenderaan yang terlibat,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here