Utama Berita Automotif UMW Toyota Motor rekod jualan 15,370 unit suku pertama 2026

UMW Toyota Motor rekod jualan 15,370 unit suku pertama 2026

8

UMW Toyota Motor (UMWT) merekodkan jualan 5,814 unit pada Mac 2026, menjadikan jumlah jualan terkumpul setakat tahun ini (year-to-date) sebanyak 15,370 unit.

Prestasi ini mencerminkan permintaan mampan sepanjang suku pertama tahun ini, disokong aktiviti promosi berterusan, penglibatan pelanggan yang konsisten, serta kekuatan ekosistem pemilikan Toyota di seluruh negara.

Walaupun berdepan persekitaran pasaran semakin kompetitif, UMWT terus mengekalkan kedudukannya sebagai jenama automotif bukan nasional terkemuka.

Kedudukan ini diperkukuh melalui barisan produk yang mengimbangi kegunaan harian, kecekapan, dan nilai pemilikan jangka panjang.

UMWT terus memacu pendekatan Multi-Pathway sebagai sebahagian daripada perjalanan elektrifikasi lebih luas, sekali gus mempelbagaikan pilihan mobiliti selaras keperluan pasaran yang makin berkembang.

Sebagai sebahagian daripada hala tuju ini, UMWT baru-baru ini memperkenalkan tiga Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), iaitu Toyota bZ4X, Hilux BEV, dan Urban Cruiser BEV.

Barisan ini merangkumi keperluan penumpang, komersial, dan mobiliti bandar, sekali gus menandakan langkah signifikan dalam memperluas portfolio elektrifikasi di Malaysia.

Inisiatif ini juga membina kekuatan sedia ada Toyota dalam teknologi hibrid, sambil memastikan pelanggan terus mempunyai akses kepada penyelesaian mobiliti yang praktikal.

Bagi mengukuhkan lagi portfolionya, UMWT memperkenalkan Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV) bagi segmen SUV premium.

Ditawarkan sebagai varian hibrid eksklusif di Malaysia, Harrier mencerminkan peralihan berterusan Toyota ke arah penyelesaian berelektrifikasi dalam segmen atasan.

Dibina di atas platform TNGA-K, ia memberikan pengalaman pemanduan halus dan senyap, dipadankan sistem hibrid pengecasan kendiri yang mengimbangi prestasi dengan kecekapan dipertingkatkan.

“Industri automotif sedang memasuki tempoh transisi yang sebenar, dengan teknologi baharu berkembang pantas manakala jangkaan terhadap kebolehpercayaan, kos pemilikan, dan kebolehgunaan jangka panjang kekal tidak berubah,” kata Datuk Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor.

“Bagi pelanggan, peralihan ke arah teknologi baharu hanya bermakna apabila ia diterjemahkan secara jelas dalam kegunaan harian.

“Apa yang paling penting adalah prestasi sesebuah kenderaan dalam jangka masa panjang. Ia mesti kekal dipercayai untuk kegunaan harian dan mudah untuk diselenggara.

“Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan kemajuan sentiasa memberikan nilai sebenar secara praktikal,” jelasnya.

Selain itu, Toyota GR Yaris menerima kemas kini global, membawa penambahbaikan berasaskan sukan permotoran ke Malaysia.

Kemas kini utama termasuk stereng balutan kulit eksklusif GR dengan jahitan merah, yang direka dengan diameter lebih kecil dan susun atur suis disemak semula untuk meningkatkan kebolehoperasian semasa pemanduan dinamik.

Memperkasa Pemilikan Melangkaui Produk

UMWT terus memperkukuh ekosistem pemilikannya melalui inisiatif Toyota Extra Mile untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lebih lengkap dan lancar.

Berpandukan enam tunggak utama—Extra Rewards, Extra Protection, Extra Convenience, Extra Peace of Mind, Extra Security, dan Extra Care—inisiatif, ia mencerminkan fokus berterusan Toyota dalam membina kepercayaan pelanggan jangka panjang melalui sokongan konsisten di setiap peringkat pemilikan.

Ini disokong rangkaian lebih 100 pusat servis Toyota di seluruh negara.

Melengkapi usaha ini, Toyota Service Savers dan Toyota Extend terus memberi pelanggan jangkaan kos lebih baik dan kemudahan sepanjang tempoh pemilikan.

UMWT juga menambah baik ekosistem digitalnya melalui aplikasi Toyota MY App.

Dari April hingga Jun 2026, pelanggan yang memuat turun dan mendaftar di aplikasi tersebut akan menerima 500 Mata Loyal-T, dengan tambahan 500 mata lagi setelah melengkapkan tempahan servis melalui pusat servis sah Toyota.

Mata ini boleh ditebus untuk baucar servis, sekali gus menyokong nilai pemilikan jangka panjang.

“Melangkaui produk itu sendiri, aspek pemilikan adalah sama penting. Pelanggan mengharapkan sokongan yang konsisten, kemudahan penyelenggaraan, dan keyakinan sepanjang perjalanan pemilikan mereka.

“Di sinilah ekosistem kami memainkan peranan kritikal. Berpandukan komitmen ‘Mobility for All‘, kami akan terus memberikan penyelesaian yang boleh dipercayai, boleh diakses, dan relevan dengan cara hidup rakyat Malaysia,” tambah Datuk Ravindran K.

Menyokong Perjalanan Musim Perayaan

Memandangkan musim perayaan masih berlanjutan hingga April, UMW Toyota Motor menawarkan pakej promosi berterusan untuk model terpilih, bagi menyokong pelanggan yang melakukan perjalanan dan meluangkan masa bersama orang tersayang selepas Hari Raya.

Tawaran ini termasuk penjimatan sehingga RM7,500, bersama rancangan pembiayaan fleksibel untuk memudahkan pelanggan menikmati mobiliti yang boleh dipercayai.

Melalui falsafah Move Your World, UMW Toyota Motor terus menjadikan mobiliti lebih lancar dan relevan dengan kehidupan seharian.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, perkhidmatan, dan aktiviti Toyota, sila layari http://www.toyota.com.my atau hubungi mana-mana pusat jualan sah Toyota di seluruh negara.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here