Kawasaki berjaya jalani ujian penerbangan K-RACER, helikopter dengan enjin Ninja H2R

1679

Kawasaki bukan sahaja dikenali sebagai pengeluar motosikal, mereka juga menghasilkan beberapa kenderaan berat melalui anak syarikatnya, Kawasaki Heavy Industries, Ltd.

Kawasaki Heavy Industries mengumumkan mereka telah berjaya menjalani ujian penerbangan pertama K-RACER (Kawasaki Researching Autonomic Compound to Exceed Rotorcraft). Ia dibuat di Taiki-Cho Multipurpose Aerospace Park di Hokkaido.



Menariknya, helikopter tanpa juruterbang itu dikuasakan oleh enjin Ninja H2R supercaj.

K-RACER merupakan sejenis pesawat ujian khas yang dinamakan helikopter kompaun dengan rotor utama berdiameter 4meter.

Ia mempunyai sayap utama di sisi badan dengan dua rotor lebih kecil – bukan di ekor seperti helikopter biasa.

Ini membolehkan tujahan dua rotor itu menyingkirkan tork dari rotor utama, seterusnya memacu pesawat ke hadapan.

Tambahan lagi, semasa penerbangan ke hadapan, sayap itu turut menghasilkan daya angkat, mengurangkan beban dari rotor utama. Ini memberikan keupayaan terbang pada kelajuan tinggi yang tidak boleh dilakukan oleh helikopter biasa. Maklumat lain tidak didedahkan.

Enjin ujian dibangunkan oleh Aerospace Systems Company, tetapi sumber kuasa ialah enjin supercaj dari superbike Kawasaki Ninja H2R. Enjin ini berkapasiti 998cc DOHC, mampu menghasilkan sehingga 310hp pada 14,000rpm dan 165Nm tork pada 12,500rpm.

Semasa penerbangan ujian, drone itu berlepas secara menegak, melakukan fly-by sekitar lapangan terbang, dan mendarat secara menegak. Helikopter ini diuji tanpa juruterbang dan dikawal dari jauh (sebab itu ia digelar drone).

Kawasaki Heavy Industries berkata teknologi yang diperolehi dari K-RACER akan digunakan untuk menghasilkan helikopter dengan juruterbang (atau tanpa juruterbang) yang boleh terbang pada kelajuan tinggi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here