Kawasaki Ninja ZX-25R berharga RM45k di New Zealand, enjin 4-silinder dengan 250cc!

3132

Di New Zealand, pra tempahan untuk Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 kini boleh didapati di pengedar berdekatan dengan harga $15,990 (RM44,503) + ORC dimana penghantaran dijadualkan akan bermula pada bulan Disember 2020.

Kawasaki Ninja ZX-25R

Kawasaki Ninja ZX-25R yang disertakan dengan enjin 4-silinder sebaris ini dilengkapi dengan reka bentuk yang kelihatan sangat ringkas.



Menurut Kawasaki, jentera ini dibina oleh jurutera mereka berasakan prinsip kesempurnaan dengan mutu yang tinggi dan berusaha untuk meminimakan harga seminima yang mungkin.

ZX-25R menggunakan DNA yang sama dari ZX-6R dan ZX-10R yang telah dikemas kini dimana jentera ini akan memberikan penunggang pengalaman menunggang yang menyeronokkan.

Ciri-ciri perlumbaan yang diilhamkan dan disertakan pada jentera ini termasuk fork boleh laras dari Showa SFF Big Piston USD, sistem penggantungan melintang pada bahagian belakang yang boleh dilaras, quick shifter, ABS, mod kuasa dan sistem kawalan cengkaman.

Selain itu, swingarm aluminium turut disertakan, bersama dengan casis keluli berketegangan tinggi yang diilhamkan dari Ninja H2, kaliper monobloc yang dipasang pada dua omboh di brek hadapan dan transmisi 6-kelajuan.

Walau bagaimanapun, maklumat spesifikasi penuh dan kemampuan jentera ini masih belum dikeluarkan oleh pihak Kawasaki. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://kawasaki.co.nz/zx25r-pre-order/

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here