Susah senang dilalui bersama, Zarina Anjoulie dedah tidak akan lupakan Proton Satria Neo miliknya

3218

Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan dia pernah ditertawakan hanya kerana memandu kereta Proton Satria Neo. Namun Zarina tidak mempedulikan tohmahan tersebut sebaliknya mengakui ia merupakan satu-satunya kereta kegemarannya sehingga kini.

“Kaya macam mana pun aku takkan tinggalkan Satria aku ni. Nak tukar colour sat. Bila Anju (Zarina) pandu kereta ini orang gelakkan Anju “eee artis bawak satria je.”

“Tapi pada saya kereta ini seperti bayi saya. Ada je kereta lain tapi saya susah senang dengan kereta ni dulu. Malu? Jauh sekali….” tulisnya. Zarina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.



proton satria neo Menerusi entri tersebut, Zarina memuat naik foto Satria Neo miliknya yang dalam proses dicat semula.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengecam pihak yang telah mentertawakannya. Malah ada yang memuji sikap rendah diri Zarina yang tidak cepat melupakan asal-usulnya.

Untuk pengetahuan, Proton Satria Neo secara rasmi dilancarkan di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2015 dengan pilihan enjin CamPro 1.3, CamPro 1.6 dan CamPro CPS 1.6. Terdapat juga beberapa versi seperti Campro, CPS, R3, Lotus Racing Edition dan sebagainya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here