Toyota RAV4 kini boleh ditempah, dari RM204k, pelancaran 18 Jun ini!

1626

Ini berita yang dinanti-nanti, UMW Toyota Motor mengumumkan akan mula mengambil tempahan bagi model yang dinobat sebagai pemenang Japan Car of the Year 2019, iaitu Toyota RAV4 2020.

Dengan rekaan baru sepenuhnya, Toyota RAV4 kini menawarkan pemanduan yang selamat dan selesa, dengan kuasa dan ketelitian sebuah Sport Utility Vehicle (SUV) premium.



Dari generasinya yang kelima, Toyota RAV4 serba baharu ini dibangun menggunakan Dynamic Force Engine serta platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang memberikan tahap prestasi dan kuasa dipertingkat untuk pemanduan memuaskan.

SUV Premium ini juga didatangkan dengan ciri keselamatan maju Toyota Safety Sense yang terdiri daripada Sistem Pra-Perlanggaran, Amaran Penukaran Lorong dengan Bantuan Stereng, Bantuan Pengesanan Lorong dan Kawalan Meluncur Radar Dinamik untuk semua kelajuan serta Lampu Tinggi Automatik.

RAV4 serba baru ini juga dilengkapi pintu belakang dengan sensor gerak kaki dan beberapa ciri lain yang menjadikan penawarannya sebagai yang terbaik dalam segmen SUV mesra penumpang.

Terdapat dua varian ditawarkan — 2.5L dan 2.0L dengan harga atas jalan masing-masing ialah RM223,880 dan RM203,880 (sebelum harga baru dengan pengecualian cukai jualan). Toyota RAV4 serba baru datang dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan.

Senarai harga yang dikemaskini akan diumumkan tidak lama lagi untuk mengambil kira pengecualian cukai jualan dan masing-masing dijangka akan dijual pada harga RM215,700 dan RM196,500.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Toyota RAV4 serba baru, layari laman web toyota.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here