Sah! Proton X50 dilancar Selasa depan secara maya

3040

Model terhangat Proton tahun ini, X50 akhirnya akan dilancarkan secara rasmi Selasa depan, 27 Oktober. Perkara ini disahkan melalui siaran di laman Facebook rasmi pengeluar itu. Pelancaran akan dibuat secara maya, dijangka pada jam 10:50 pagi.

Stylish, Trendy, and Chic – these elements give a powerful presence to the PROTON X50 leaving a lasting impression…

Posted by Proton Cars on Wednesday, October 21, 2020

Sememangnya model ini mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pembeli di Malaysia. Tempahan telah mencecah 20,000 unit dalam masa dua minggu sahaja sejak mula dibuka pada 16 September lepas.



Proton X50 ditawarkan dalam empat varian, iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship. Dua pilihan enjin ditawarkan, 1.5-liter 3-silinder turbo port injection berkuasa 148hp dan 226Nm untuk Standard, Executive dan Premium.

Sementara itu, varian Flaghsip dipacu oleh enjin 1.5-liter 3-silinder TGDI yang lebih berkuasa, dengan 174hp dan 255Nm tork. Transmisi walaubagaimanapun sama untuk semua varian, iaitu automatik dwi-klac (DCT) 7-kelajuan.

Penawaran dua jenis enjin 1.5-liter turbo untuk X50 ada dijelaskan oleh pihak Proton, boleh baca di sini.

Ciri lain pada Proton X50 adalah brek parkir elektronik, Automatic Parking Assist (APA), dan sistem infotainment GKUI19 yang dinaiktaraf dari unit pada X70 CKD.

X50 juga mendapat sistem ADAS (Advanced Driving Assistance System) yang merangkumi pelbagai sistem seperti Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist, Autonomous Emergency Braking dan sebagainya.

Berapakah harga anggaran Proton X50? Cuba beri tekaan anda di ruang komen. Kami rasakan ia akan bermula sekitar RM78k untuk Standard, dan sehingga RM105k untuk Flagship.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here