PKP: Guna dron untuk pantau sebarang kegiatan pada sebelah malam

1946

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini dilihat menggunakan dron secara meluas bagi mengawal dan memantau pergerakan orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

dron

Jika sebelum ini digunakan pada sebelah siang, penggunaan dron kini diperluaskan pada sebelah malam yang menyaksikan dron ATM, umpamanya, digunakan dalam ‘Op Penawar’ bermula malam tadi bagi memantau pola pergerakan orang awam di pusat bandar serta di sekitar Lembah Klang selain turut digunakan di kawasan zon merah wabak COVID-19.



Dilancarkan empat hari lepas, lebih 10 unit dron yang dilengkapi dengan alat teknologi pengesan haba dan pembesar suara yang boleh memantau pergerakan individu secara lebih meluas di kawasan sempit telah digunakan.

Apa yang menariknya, dron yang digunakan ini juga berupaya memberikan siren amaran dan nasihat kepada masyarakat untuk mematuhi PKP dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

Antara lokasi penggunaan dron itu ialah di tempat-tempat tumpuan awam seperti Pasar Borong Selayang, Pasar Keramat, Chow Kit dan Little India Brickfields.

Cara sebegini dilihat efektif bagi menyampaikan amaran dan maklumat di kawasan lebih luas dan jauh kerana masih ramai individu gagal mematuhi arahan apabila masih banyak kenderaan dilihat berada di jalan walaupun PKP sudah memasuki hari ke-12, hari ini.

Walaupun jumlah kenderaan hari ini tidaklah sebanyak jika dibandingkan pada awal PKP dilaksanakan, namun pematuhan rakyat sepenuhnya terhadap PKP yang sedang dilaksanakan haruslah dicapai 100 peratus bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 iaitu dengan cara duduk di rumah atau ‘stay at home’.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here