
Sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat nama Xiaomi mewarnai alam maya dengan berita yang positif dan ada kalanya memalukan nama-nama terkemuka.
Apa yang jarang diketahui adalah Xiaomi sebenarnya rugi setiap kali sebuah kereta keluar dari kilang.
Gergasi teknologi yang sering digelar “Apple dari China” pada tahun ini menjual sebanyak 80,856 unit kereta di pasaran tersebut pada suku pertama tahun ini.
Namun dalam dokumen kewangan yang dilaporkan oleh CarNewsChina, Xiaomi mencatatkan kerugian operasi 3.1 bilion yuan (RM1.8 bilion) walaupun berjaya menjana 19.9 bilion yuan (RM11.68 bilion).
Ini bermakna, Xiaomi rugi RM22,000 bagi setiap kereta yang terjual pada tahun ini.
Berbeza dengan tempoh tiga bulan pertama tahun 2025, Xiaomi berjaya menjual 75,869 unit kenderaan dengan kadar kerugian kira-kira RM3,500 per kereta.
Antara faktor utama yang menyumbang ialah kadar harga purata transaksi sekitar 235,000 yuan (RM138 ribu) sahaja.
Sekiranya lebih ramai pembeli mendapatkan varian dengan margin yang lebih tinggi seperti YU7 GT (RMB 389,900 yuan atau RM229 ribu) atau SU7 Ultra (RMB 529,900 atau RM311 ribu), keadaan mungkin akan berubah menjadi lebih baik untuk Xiaomi.
Disebalik kerugian tersebut, Xiaomi mencatat jualan kukuh pada April dengan pengedaran sebanyak 36,702 unit, jauh lebih tinggi berbanding 20,414 unit pada Februari dan 21,440 unit pada Mac.
Sebagai perbandingan, jenama itu pernah mencapai kemuncak jualan 50,212 unit pada Disember lalu.


































